sharing info means i do care bout u all... chewah kecek ore putih

sebagai pengguna henpon selama hampir 14 tahun dan bekas staff sialkom dan meksis ni aku nak share info yang dapat menjimatkan poket korang. banyak entry² lepas aku asik promot umobile, ni bukan sebab aku keje umobile tapi aku pengguna tegar umobile. yaaa.. kat sialkom aku jadi broadband tech tapi aku pakai broadband umobile dan masa aku keje meksis hari² aku consult customer pasal billing jadah² tapi aku pakai line umobile. kenapa?? sebab sialkom dan meksis SUCKS! hahahaaha. ok lupakan digi keji, network dia langsung x guna. kt kl nih pun coverage cam haram apa lagi time aku balik kampung? bazir duit je pakai.

apa yg best sal umobile? meh sini aku cerita sket...
broadband dia paling murah, aku start pakai since dia memula launch dulu. zaman rm78 monthly dapat free modem leper. usb stick modem belum wujud lagi masa tu. FUP (fair usage policy) pun belum ada lagi. completely unlimited. since wireless broadband ni sharing basics maka lagi kurang orang guna makin stabil dan laju line dia. dan since dia completely unlimited ianya sangat berguna untuk pendownload tegar cam aku sebab sialkom dan meksis ada qouta. aku lenjan pakai broadband umobile hampir 2 tahun sampai la aku tukar pakai strimik sebab dah ada housemate, tapi since tsunami ari tu line strimik agak sengal tu yang kengkadang aku pakai jugak broadband umobile untuk download anime (65mb siap dalam masa 5 minit~kekadang tak sampai 5 minit pun). tapi sekarang derang dah set limit 5gb bila exceed qouta line ko akan jadi slow.

line dia pun agak menarik sebab dia ada domestik roaming ngan sialkom. since umobile cuma cover network 3g so kalau korang pakai henpon 2g atau berada kat luar kawasan 3g automatik line akan bertukar jadi sialkom. yang best nye korang takda kena extra caj pun untuk tu. dan call charge dia sangat murah. masa memula launch dulu aku sign up untuk postpaid tapi since aku memang jenis malas kol @ sms orang so agak tak berbaloi nak bayar monthly commitment tapi tak guna.bazir je kan? pakai prepaid je senang nak budget. lagipun aku jenis topup rm30 le tahan sbulan lebih. beza dengan telco lain kalau korang topup rm30 cuma le tahan 30 hari je kan? walaupun kredit tak luak tapi sebab network dah expired terpaksa topup jugak semata² nak bagi line ektif. sangat tak berbaloi kan? beza ngan umobile prepaid korang topup rm30 valid untuk 3 bulan! pastu dapat bonus 15% (rm4.50 will be credited within 1 hour) SUPER BERBALOI²!!! since sbelum ni primary nombor fon aku sialkom tapi dealer bangang tu salah register nombor aku atas nama orang lain, nak tukar nama takleh since starter pack as a proof of ownership takda aku stuck kena remain nombor tu as sialkom. memandangkan pakej blackberry (BIS) sialkom rm1 daily tapi kredit asik kena telan je walaupun aku tak browsing ini sangat² membuatkan aku sakit hati sebab terpaksa amik pakej rm2.50 daily untuk mengelakkan kredit kena telan buta² tanpa sebab. rm2.50x30= rm75 wakdefak??? semata untuk BIS belum kira nak kol @ sms. sangat² tak berbaloi! so aku beli prepaid umobile baru guna untuk BIS cuma rm1.50 daily unlimited. rm1.50x30= rm45? aku boleh save rm30 sebulan!

untuk korang yang guna smartphone such as android, cokia, ipong lembu dan korang jenis guna henpon mostly untuk online semata² (cam aku) sekarang korang ada 1 best option.. RM28 monthly untuk unlimited internet usage + 100 minit call + 30 sms. super berbaloi kan?


**next entry aku bgtau reason nape aku benci sesangat ipong dan user² ipong.
stahun lebih assist lembu troubleshoot, billing dispute jadah² aku rasa nak terajang je orang yang pakai ipong depan aku.

posted under |

3 comments:

Khairi Mohd said...

aku baca sampai bewok kata digi keji je. hahahaha. demit.

Me Myself n Someone Like Me said...

hahah sebgai penguna tanpa wayar...
saya amat memerlukan En wan untuk menguji segala jadah line yg ada diluar.
Yg saya ada cuma teori, yg merelisasikannya En Wan...

P/S Kuba Digi bukan Keji, Dia cuma low profile, kena ingat di kawsan palin g takder line, Digi akan Support kecuali Kg En Wan.. huhuhuhu

sambung balik, haram panjang aku nya replay, udah macam, posting. END

yunadiagaga said...

kekadang blur baca encik chan punya komen.hahaha

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive