copy paste je. tak perlu tajuk

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

posted under |

8 comments:

Anonymous said...

fuuhhh....

assalamualaikum inchek wan..

Unknown said...

walaikumsalam. komen entry sblm ni dlu hahaha

Me Myself n Someone Like Me said...

Wanita Basaqah:
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

yg ni aku tak paham, apsal dia nak makan asing? dia tak reti masak ke hapa.. huhuhuhuhuh

p/s Baik En Wan saya komen yg terdahulu juga,
Assalamualaikum en Genik

Anonymous said...

mungkin dia nak makan asing supaya bila tetiba dia naik hangin dia tak ler nanti sumbat pasangannya dengan segala makanan yang terdapat di depannya

p/s: walaikumsalam ya inchek chan

Me Myself n Someone Like Me said...

Err Kita kat We Kuba ker ni En Genik,
Apsal takder balsan post dari Awek Cun?. Kuba ada clash nagan Adik Adik kakak Kakak Blog yg Cun ker?..
muskilan akau..

P/s Apa Bisa Jika Aku Kesesatan, Tunjuki Jalan Yg Lurus, Agar Bisa Pandagan Ku Tidak di Blog'in

Anonymous said...

kuba aku rasa tengah dalam krisis umur 30-an... mungkin dia sedang mengalami kejutan budaya jejaka-jejaka yang baru masuk umur 30-an

Me Myself n Someone Like Me said...

wes ini bukan web blog kuba la..
aku terperasan jalanana yg lurus nih.
blog en wan rupanya, patut takda awek balas posting

P/s Ni kejutan menda ni En Genik. huhuhuhuh. Dia nak masuk rancangan Mencari Menantu TV9 kot

Unknown said...

haahah cm haram. ari2 nk mencarut bosan gk. tu aku bg panduan ke syurga lk

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive