entry tunjuk sebab

mesti ada kalangan korang yang ari2 masuk blog aku tp hampa takde carutan terbaru kan?
ni aku bgtau tau sebab nape lately aku jarang blogging.

    saraf kreatif aku cuma mampu berfungsi dengan baik time aku stress, marah,  tensi dan lain² sahaja. waktu jiwa aku tenang saraf kreatif aku tak mampu berfungsi. jadi kalau korang tengok lama blog aku tak update maknanya jiwa aku tengah tenang la tu. waktu jiwa aku tenang aku cuma habiskan masa main game, tengok movee.  tapi... klu korang tgk klu 1 ari ada 2 entry dan 15 status baru kt fesbuk maknanya tengah ada gangguan emosi la tu.

     gangguan emosi mungkin berpunca dari tekanan kerja, balik rumah bersepah walaupun baru ari tu je kemas, pastu terpaksa masak menda yang aku tak suka makan pasal nak suap mulut orang pastu kena sental jamban walaupun orang lain yg guna bla bla bla bla. memandangkan kerja skrg kurang stress, duduk rumah sorang² tanpa housemate, masak ala adar untuk sumbat tekak sendiri, tak perlu sental jamban selalu, bilik mandi tak sempat berlumut sebab jarang guna, tambah pula dengan suasana rumah baru sangat tenang tak perlu dengar bunyi bising kereta dan siren ambulan/ polis setiap waktu (rumah lama sebelah tol) burung murai berkicau tiap pagi, petang² boleh skodeng orang mandi kat swiming pool, takda lagi malaun curi kain lap motor kat dalam bakul, tak perlu tengok sampah/pampers kat laman rumah, tak perlu tunggu lif cam tunggu komuter buat  jiwa aku sangat² tenang lantas membantutkan saraf kreatif memaksa aku untuk tidak blogging.

   jadi aku harap korang paham nape lately aku sangat malas nak blogging.

posted under |

4 comments:

Anonymous said...

demmit...

nanti aku rekemen kat memana agensi pekerja asing supaya jadikan tempat area rumah kau tu sebagai satu lagi destinasi asrama pekerja asing yang fantastik

Unknown said...

hahaha umh baru aku skrg utk org kasta tingi je. golongan bawahan bangsa dok umh reramai buat bising sepah2 mmg xlayak duduk

Chan+ses said...

alah dia alasan kuba,
dia tgh sibuk mengerjakan wargahahaha

p/s Gundam

Khairi Mohd said...

alasan apa kaitan ngn aku woi, rumah aku air taik tu semua kitorang dah divert masuk calvert. baik punya letak pasu cover lubang taik.

sabtu lepas aku dah join gontong ronyong. seh!

lama2 nnt dah wife aku dpt keje, aku cari la umah baru. kalau nak beli, aku kena gadai la telur aku sebiji nak sapot donpayment.

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive