jangan tutup lampuuu...... chapter 1

korang pernah mengalami peristiwa alam angker tak? pengalaman2 misteri yang menakutkan seperti terkentut depan bos masa nga meeting? bau bangkai lak tuh. terkincit masa perhimpunan skolah? hosmet korang berak tak flush? ok! sila pegi mati! tu semua tak angker!!

pernah langsuir 3 ekor tumpang kete masa aku dan kengkawan's balik ikut highway rawang pada tengah malam,
kete rasa berat walaupun turun bukit selain bau busuk cam bangkai dan binatang tu tak lari walaupun pasang cd mengaji. ok.. itu pun tak angker sebab aku tak nampak langsuir tuh.




yang aku nak cerita pasal rumah aku kt kampung, sangat2 angker.. rumah tu ayah aku yang teroka tahun 70an dalam rancangan pembangunan kelantan selatan. sebelum tu kawasan tu hutan belantara, black area kawasan komunis, memang takda manusia duduk kat situ, mula2 duduk tak berapa seram sangat selain bunyi 'orang' jalan atas bumbung, bunyi perempuan mengilai, bayi menangis tengah malam belakang rumah.. rumah aku atas bukit dan takda rumah lain blakang rumah aku!

aku lahir dan besar kat pasir mas, arwah nenek yang bela jadi aku cuma duduk rumah ayah time cuti skolah je jadi kejadian2 angker aku tak tau sangat, lagipun mak ayah memang tak cerita sebab taknak aku takut pergi sana sampai la aku dah besar, stakat ni aku tak pernah kena kacau tapi adik2 perempuan aku selalu la kena terutama time derang period.

adik aku yang nama ida
1. minah ni agak kejam sket, satu malam waktu dah nak tido, waktu dia nak tutup  tingkap.. dia nampak binatang besar  berbulu seumpama mawas mata merah menyala kat halaman rumah pandang tepat kat dia.
soalan:  adakah beliau tutup tingkap dan lari menyorok atas katil berselimut litup?
tidak! beliau duduk ditingkap bertongkat dagu berbalas pandang sampai binatang tu ghaib! masa ni adik aku ni sekolah rendah. gila ah, kalu kena kat aku mau terkincit
2. masa dia sekolah menengah...
satu malam dia turun pergi toilet, (rumah kampung bilik air dan dapur lebih rendah dari ruang tamu) ayah aku duduk hisap rokok kat tangga, bila ida dah masuk bilik ayah aku pun dah habis hisap rokok, tapi bila ida keluar balik nampak 'ayah' duduk menyandar kat dinding ruang tamu. bila ida tegur 'ayah' tak jawab.ayah pernah pesan manusia biasa mesti ada lurah atas bibir (tempat misai tumbuh tu) kalau takda maknanya itu adalah jelmaan setan, jadi si ida ni pun pergi tilik muka
'ayah' nak tengok ada lurah tak. memang takda! "oh kau rupanya" kata ida sambil sepak menda tu, dah memang setan takda jisim sepak camne pn kena dinding kayu je la. memang kuat gak la dia sepak sampai semua orang dalam rumah yang tengah tido boleh terjaga.


ok! aku dah seram sejuk.. seram tak sangat la tapi sejuk je lebih, kipas psang nombor 2  rupanya. nak tutup kipas dan sambung tengok clash of titans jap. siang krg aku nak balik kampung. nak tanya apa cita terbaru dari alam angker...

nanti aku sambung lagi kisah adik aku yang nama liza lak dengan kawan aku yang kena kacau sampai takleh tido masa dia ikut aku balik kampung dan cerita pasal hantu raya yang orang hantar sebab dengki dengan famili aku serta kisah janda abang aku yang durjana hantar hantu peliharaan dia kacau famili aku. sampai sekarang rumah aku masih angker, kalau nak rasa tengok hantu jom la ikut aku balik kampung? ada berani?

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive