sesekali teringat
tetiba mlm ni teringat lak zaman² kecik duduk kat kampung. syahdu lak,
aku lahir dan besar kat kg kubang panjang pasir mas, arwah nenek aku bela. time cuti sekolah baru duduk dengan mak ayah aku kat tetttt. memang ulu la sket umah ayah aku sebab situ kawasan Kesedar (lebih kurang cam felda). jadi cite ni mostly pasal rumah kat pasir mas sebab situ aku lahir dan besar.
dulu awal tahun 80an rumah tak banyak lagi, belum ada rumah teres cam sekarang, rumah aku pun boleh kata hujung kampung gak.. blakang rumah sawah padi. jarak antara rumah pun tak berapa nak dekat sangat, rumah kampung zaman dulu style..mandi pakai perigi jamban pun kat luar. time nak berak angkut air sebaldi bawak pelita gi berak. pastu kalau nak terberak tengah malam suh sesapa teman.. biasa adik aku la jadi mangsa teman aku berak. dia duduk main bakar sampah aku berak pintu tak tutup. Style kan?
time dulu rumah mostly kayu je, sebab time tu kayu murah simen mahal. orang kaya kasta tinggi je mampu buat rumah batu. sebab fameli aku 1/4 kasta tinggi, tangga dengan bilik air je yang mampu pakai simen. typical rumah kampung.. bilik air mesti besar. lepas tu rumah mesti tinggi sket bajet lepas parking moto bawah rumah. lagi 1 ciri rumah kampung lama mesti ada 'lantai jarang'. 'lantai jarang' ni ukuran dia lebih kurang 3x4. ada lubang lebih kurang boleh telus 2 jari selang seli. payah lak nak explain aku gugel pun tak jumpa. fungsi lantai jarang ni sebab dulu orang kampung beranak kat rumah je. orang zaman dulu kalau bersalin memang betul² pantang. jadi kat situ la tempat mandikan anak basuh berak kencing anak. lantai jarang ni gak orang guna untuk mandikan mayat. seingat aku pernah tengok orang mandikan mayat arwah moyang aku kat lantai jarang ni. time tu aku kecik lagi. belum tadika lagi. ingat² lupa je. time aku kecik dulu kalau tetiba rasa nak terkencing tengah malam, nak pegi bilik air takut takda orang teman, lantai jarang tu je la jadi mangsa hahaha. apa? korang ingat aku berani sangat ke nak turun bilik air tengah malam? walaupun bilik air tu dinding simen tapi takde bumbung tau tak? dah la orang belakang rumah aku dulu bela hantu. baik aku kencing kat lantai jarang dari kencing atas tilam ye tak? tapi tu zaman² baru start sekolah rendah la. makin besar aku dah tak berapa nak seram dah walaupun masa kencing kat perigi mata melilau pandang pokok rambutan tua sbelah tu kot² ada pontianak ke apa.
kalau rumah ayah aku lak lain sket patern dia. ada lantai jarang gak pastu ada pintu angin. ala pintu angin ni yang pintu besar ada palang takat pingang tu, yang orang bukak pintu tu petang² amik angin. haaa pandai pun ko. yang tu la. tapi duk ngan ayah aku jarang sangat kencing kat lantai jarang, sebab jamban dalam rumah. kejut je ayah aku nanti dia teman. rumah ayah aku ni lagi adventure. rumah atas bukit pastu ujung skali. blakang dengan tepi umah aku cerun bukit. masa ni air paip belum ada 24jam lagi. 3 kali seminggu je baru ada. nak kena tadah tong drum buat stenbai. masa ni ayah aku gali perigi kat bawah bukit. nak mandi, basuh baju bagai turun bawah bukit. agak² air kat tong drum dah kering dan kebetulan air paip takde ayah kandar air dari bawah sampi atas penuhkan tong. aku nak tolong pun masa tu aku kecik lagi. tolong tengok je aku mampu kot.
tapi tu semua tahun 80an punya cerita la. aku pun dah dekat 15 tahun duk kl, sejak arwah nenek aku dah takda dah berapa tahun aku tak balik pasir mas, rumah tu pun dah pakai paip, jamban dalam rumah tapi tinggal roboh je sebab takde orang duduk. dengar² paksu aku pencen nak balik kampung buat rumah batu kat tapak rumah tu. rumah ayah aku pun dah advance, 100% batu dah sekarang, dah takde lantai jarang, pintu angin, tong drum. air paip dah 24jam, bilik mandi ada 2 pakai shower lagi, kolah besar ada 2, jamban ada 3. tak payah turun bawah bukit mandi kat perigi lagi dah.
dah.. nanti aku sambung.
next entry aku cite sal hantu kat umah ayah aku lak. umah tu smpi skrg berhantu.
jeng jeng jeng....
update: lupa lak, aku penah post sal hantu kt umah ayah aku. rerajin la korang selongkar blk. hehe
6 comments:
bru aku taw adalah normal lantai jarang tue!
Penah gak nmpk tp xpenah terpk nk tya, ingtkn lantai nk ngedap pencuri ker..
Hermm..biler bc blog ko nie btul2 teringt kt zaman opah aku maseh idop, umah die mase tue maseh lg ditutupi olah kayu..jln2 pn ade bnyi krek kruk krek kruk..
Mlm2 seket dgr bnyi tikus berlari2, seram woo time tue tp skang umah da mmg tuka habeh, hya 40% je maseh kayu, eh kebetulan pak chu aku pn duk atas tanah tue..
La nie klu blik kg, da xde suasana kg lg da..........rindunyer nk tido kt umah kayu uhuk uhuk!!!
part update tulisan merah tu yang buat gua rasa macam nak bagi penyepak sedas dua kat lu
muffin: best kn umah kayu. rindu lak.
matburn: sila kirim penyepak pki pos laju haha
maslah mung' itu adalah masalah sama
P/s lantai jarang, selalu hujan.. tiris..
aku no komen, tapi status ruma ko sama jer ngan status umah Arwah Atuk aku. Jamban sure jauh...
umah papan sure tinggi, Lantai jarang .. tu slalunya untuk basuh pinggan. bwah tu slalu skali skala pak belang amik lebihan nasik....
Bawah Rumah siap boleh bawak moto tu.... boleh futsal kaalu ujan...
P/s Sekian. Tu sebab kita bleh lepak sekali. kalau makhluk yg tak pernah dok umah cam ni, ko buat lawak apa pon dia tak paham hahahahahahhah
kah kah kah... aku ingat aku sorang je tibai kencing ikut lantai jarang hahahah.
serius weh sedap + fear factor.
Aku terfikir gak masa tengah sedap 'jadi bomba' tu, buatnya cicak gigit, atau lipan gigit atau hantu gigit dari bawah rumah mahu bernanah punai tu weh haha.
cerita ni mmg best, sila smbung dengan kadar segera. masalahnya mung ni malas update blog.
keri, perenggan akhir kau bikin bewok takde motibasi mau update. maunya lepas raya cina dia update ni
Post a Comment