cicak tokek? pe de hal?



sekarang aku dengar cicak tokek tengah up? ye ke? aku kureng sket scene2 bela binatang neh. almaklum la aku bukan penyayang sangat dengan binatang neh. lain kalau ayah aku, semua dia nak bela, tapi yang aku kagum kalau dia bela binatang mesti membiak. ingat dulu dia pernah bela arnab asal sepasang je, tu pun kawan dia bagi membiak sampi berpuluh2 ekor sampai ayah aku buat sarang 2 tingkat sama besar dengan 3rd bedroom umah aku neh, pastu sebab mak aku kesian nak makan then dah tak larat nak beli dedak, ayah aku bagi je kat kengkawan dia. sama gak bela biri-biri,  membiak ramai-ramai sampai abih rumput 1 kampung ayah pergi cerut. alih2 pegi jual sebab tak larat nak cari rumput. sebab ayah aku bela pun suka2 isi masa lapang. orang tua tu bukan reti duduk diam, even demam pun sempat lagi turun blakang rumah tebas rumput. sangat rajin tak macam anak jantan bongsu dia neh, dalam masa 4-5 tahun ni baru skali je turun kebun belakang rumah raya hari tu kutip duku, manggis, rambutan. tu pun sebab kena paksa hahaha.

  ingat dulu masa ayah aku muda2 macam2 binatang dia pernah bela.. tupai albino, ayam api, ayam selasih, ayam belanda, ayam serama, arnab, kambing, biri2, sekarang dia dok bela kera je 3 ekor. ayah aku master gak la bab ajar kera neh, kera orang lain pandai petik kelapa je tapi kera ayah aku stakat petai, rambutan, jering ke jadah2 buah selamba je.

aku? sebab kucing kurap yang aku bela dulu dah lari mampus tepi jalan mana tah.. nak bela cicak tokek cam koman lak, menda kecik takde pekdah. bukan le suruh masak nasik ke cuci pinggan ke? buang karan! aku nak bela bewak komodo la, kalu hosmet aku wat perangai aku tak payah sesusah update kat blog dengan harapan dia baca pastu sentap pastu berambus, nak main kemas kain baju campak luar pun dah malas dah, skarang aku main tambat je memana hosmet tak guna tu pastu suh bewak komodo babap. ok tak??


posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive