aku, rumah bujang, housemate dan ....siallll!!! chapter five

incek taik junior cakap "saya syukur duduk sini sama incek, makan minum terjaga, boleh belajar masak sama incek, berat saya pun dah naik 6 kilo, baru berapa bulan je duduk sama incek. kalau dulu time malam je turun bawah makan roti canai tak pun masak megi je. megi pun rendam air panas je. sekarang hari2 makan sedap.



yaaaaa!! itu la beza duduk rumah bujang kasta rendah dengan rumah bujang kasta tinggi. tu contoh orang yang pernah merasa kesusahan hidup bujang dengan golongan bawahan, golongan rumah sepah cam kandang babi, dapur takda, mesin basuh takda main rendam dalam baldi sampai busuk satu rumah bau, bangsa makan sendiri2 masing2 tapau tak pun makan kat luar. kat rumah aku takda tu semua, barang dapur tak pernah habis, hari2 masak. takda sorang pun yang bangsa tengok barang dapur habis pergi makan kat luar sorang2 pastu bila time takda duit tunggu orang masak. time baru gaji tak reti nak keluar duit beli barang dapur. nak berkira padahal selama ni dia la nombor satu selongkar dapur tiap kali bangun tido & balik keje. camne anjing selongkar tong sampah cari tulang camtu la dia selongkar dapur. bila time kutip duit belanja dapur buat bodoh macam orang ni cakap main2. kalu awak tu makan cam manusia takpe jugak, ni makan cam hantu raya. beras sepuluh kilo dia sorang makan 8 kilo haramjadah!

masa aku dok bangsar dulu ada sorang manusia (kalau layak dipanggil manusia la) dah la menganggur berbulan2 kita orang yang sapot makan minum, time tak masak pegi makan kat luar kitaorang belanja. sikit pun tak kisah dah kata kawan2 kan? alah benda makan apa nak berkira? jadi taik jugak. time tu prangai sikit punya baik janji bila dah kerja nak balas balik jasa kita orang. ok fine! wait and see... Skali dah kerja? hampeh! janji manis mu belaka. jangan kata 1st gaji nak belanja kitaorg 1 rumah ni makan? kat member yang hulur 5-10 hengget 1 ari wat belanja dia pegi keje pun haram dia buat bodoh. jangan kata 1st gaji nak setel hutang2 semua.. siap pegi joli sakan shopping tu beli tu beli ni end up tak sampai sminggu gaji back to normal - makan mengecak, rokok pau orang. kalau gaji 7-800 tu boleh di maafkan. ni keje level exec nye gaji. ingat 1st month salary je camtu.. 2nd time pun sama gak. memang haram jadah punya budak. kita orang bukan nak sangat pun duit dia walaupun sebelum ni berapa banyak habis belanja dia makan, tak kira kain baju main sarung suka hati bapak dia je masuk bilik bukak almari pakai baju pastu longgok tak basuh tapi adab. orang berbudi kita berbahasa bukan buat tak reti bahasa! time susah menyusahkan orang time senang sorang2. memang bangsat, alih2 kitaorang dah tak tahan pakai tarbiah campak kain baju tukar mangga. memang marbeles la tengok dia merayu sambil cium kaki lagi taknak kena halau. tapi sori la derr dengan orang lain boleh la tapi dengan incek wan ni jangan, incek wan punya marah takde warning2 lagi dah. dia terus ke last warning yang terakhir je. time tu ko menangis guling2 dah tiada ampun lagi dah. keluar airmata darah ke jubo berdarah ke takda dia heran nyeh.

****************************************************************



** Nama beliau Em Feez, x hosmet aku masa kt kg pandan 10 tahun lepas, bekas model iklan dan majalah. sekarang beliau adalah jutawan MLM, dia ni best xde wat perangai. lagi pun dia jarang ada kat umah sbb sibuk shooting je. dia ada kawan baik nama rizal (musuh ketat aku hahaaha) juga hosmet aku ketika tu. next episod aku cita sal manusia nama rizal pulak. camne asal dari hosmet kami bertukar jadi musuh.



sesapa nak add EM FEEZ  kat fesbuk dan nak jadi kaya dan humble cam beliau (ada aset kat setiap negeri dan hanya memandu kereta nasional bukan cam budak MLM lain beli kereta tayang kat orang harta satu benda pun xda) korang search je nama beliau.

sekian untuk kali ini, adios amigos sengugut.. papaiiiii
masa utk main fesbuk kt blekberi lak

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive