..........

               3 tahun lepas sewaktu mula-mula saya berpindah ke flora damansa beliau lah jiran pertama saya, sewaktu flora tidak seperti sekarang.. belum ada awang hitam, tiada contengan pada dinding- dinding lif, parkir kereta masih mewah~ tidak perlu berebut seperti sekarang, air terjun hadapan tol LDP menghadap rumah mengalir setiap hari, udara dingin tanpa perlu memasang kipas siling mahupun bilik, malah kali pertama saya tidur berbaju dan berselimut tanpa memasang kipas. dapur kami bertembung, jadi sewaktu saya memasak dan isteri beliau yang saya panggil makcik memasak saya sering melihat beliau bersembang menemani makcik.. kelihatan romantis. masih teringat sewaktu beliau cakap sungguh berselera memakan nasi berulam petai yang saya bawa dari kampung yang ditanam sendiri oleh ayah. beliau membalas pemberian saya dengan memberi murtabak paling sedap pernah saya makan~ tebal penuh inti. paling di ingati ayat lazim beliau sewaktu kami bertembung dalam lif atau pun koridor mahupun jusco 1utama "mana wan pergi? senyap je rumah?" dan dibalas oleh saya "nak bising macam mana pakcik, saya duduk sorang, kadang-kadang je kawan datang bertandang". masih teringat pesan beliau supaya tolong tengok-tengokkan rumah jika beliau suami isteri bermalam dirumah anak mereka.

        masa berselang, suatu hari beliau berpindah, ya.. tinggal sekelamin tanpa anak cucu memang sunyi. saya faham perasaan beliau kerana ayah juga sering mengeluh dahulu rumah rendah riuh dengan hilai tawa kami adik beradik seramai lapan orang dan kini rumah besar dengan tiga bilik air yang ayah bina sendiri dengan tulang empat kerat beliau kini sunyi, mengharapkan cucu kesayangan si farhan sebagai pengubat sunyi. jadi saya faham bila pakcik kata mahu tinggal bersama anak. dan itulah kali terakhir saya melihat beliau....

        dan hari ini sewaktu membaca harian metro online saya membaca berita pemergian beliau. lantas saya mengoogle untuk kepastian, dan ternyata pakcik telah pergi dan tidak kembali lagi.






    al~fatihah dan takziah buat keluarga arwah

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive