anda tanya incek paranoid jawab

saya mempunyai seorang kawan yang suka tidur dalam bilik saya sewaktu saya keluar bekerja, masalahnya beliau tidur mengeluarkan air liur basi yang berbau hina seumpama bangkai. apakah yang saya perlu lakukan?

insan buntu
petaling jaya


jawapan: rakan anda selayaknya direjam dengan tahi hingga mati dan bangkai beliau dicampak kesungai klang.

                        -----------------------------------------

saya mempunyai seorang kawan yang ingin memikat hati saya, beliau memberikan saya sejumlah wang yang banyak, wang itu sepatutnya beliau gunakan membayar hutang kawan2 yang banyak membantu beliau selama beliau merempat dan untuk barang2 dapur sementelah lagi beliau seorang yang sangat pelahap. cuba incek paranoid bayangkan rumah mereka ada 4 orang dan tetapi beras 10 kg hanya mampu bertahan seminggu, dan kini setelah beliau berambus dari rumah tersebut beras 10kg mampu bertahan hampir 2 bulan. nampak perbezaan nya? binatang sungguh perut beliau bukan? beliau juga memberikan saya sebuah telefon bimbit yang mempunyai lampu suluh kerana kata beliau lampu itu berguna jika mau menyuluh lubang hidung dan talian postpaid maxis, beliau juga sering membelanja saya minum di starbuck dan membelikan saya rokok serta belanja lunch sedangkan menurut bekas rakan serumah beliau yang 'membela' beliau hampir setahun dan telah memberi pinjam wang yang agak banyak.. beliau tidak pernah membayar hutang2 tersebut dan juga tidak pernah membelanja bekas rakan serumah walaupun segelas air. beliau telah membelanjakan hampir keseluruhan gajinya kepada saya dan bila pulang kerumah beliau mengemis dengan rakan serumah beliau yang kacak dan kasta tinggi, mujur lah rakan serumah beliau berhati mulia. saya agak ragu2 untuk menerima pemberian beliau kerana saya beranggapan jika kami tiada jodoh beliau mungkin mengungkit pemberian itu dan memaksa saya membayar semula. tapi beliau sangat pandai bermain kata2 hingga saya terpedaya. ternyata kami tiada jodoh dan sekarang beliau asyik menganggu saya mendesak supaya memulangkan kembali pemberian beliau. tolonglah saya kerana saya sekarang hidup dalam ketakutan bimbing rumah saya disimbah cat putih kerana saya sudah berpakat dengan keluarga saya raya tahun ini kami mahu mengecat rumah kami kaler oren dan merah sebagaimana dinding rumah incek paranoid. saya buntu mengenangkan hal ini kerana saya sudah membeli cat2 tersebut lagipun putih bukan warna kegemaran saya.

gadis terpedaya dan serba salah
dato' harun

jawapan:
manusia tersebut selayaknya digelar lelaki kucing atau lebih tepat lagi kucing kurap yang hina. jika beliau tidak membayar hutang kawan2 beliau yang selama ini banyak menolong beliau sewaktu beliau merempat jadi sewajarnya jika saudari tidak memulangkan kembali pemberian beliau bak kata pepatah kelantan "what goes around comes around jom main seround?". saya doakan saudari berjaya mengecat rumah sempena raya dan jangan lupa menjemput incek paranoid beraya dirumah anda kerana seperti tahun2 yang sudah incek paranoid beraya keseorangan di PJ (tipu! incek paranoid beraya kat opis, ramai gak orang kat opis)

-------------------------------------------------------



nama saya jusuh (bukan nama sebenar) saya berusia 29 tahun, baru berkahwin dan mempunyai seorang anak. isteri saya adalah suri rumah sepenuh masa. isteri saya kerap muncung apabila saya tidak membawa beliau keluar bersiar-siar. apa pandangan incek paranoid?

jusuh
subang

jawapan: sebenarnya tugas seorang suri rumah amat berat, anda bayangkan mereka harus bangun tengah malam sewaktu anak merengek sedangkan anda tidur mati, mereka bangun seawal subuh untuk solat berjemaah bersama suami, menyiapkan sarapan, mengosok baju suami ,menjaga anak, mengemas rumah, menyiapkan makan malam, membuka peha untuk suami diwaktu malam, terjaga ditengah malam apabila bayi menangis dan rutin ini berterusan setiap hari. berbeza dengan para suami yang mana kepejabat waktu pagi dan pulang lewat petang. dan sewaktu dipejabat si suami masih mampu memblogging serta ber'fesbuk' dan apabila pulang kerumah membuat muka lemau serta membentak apabila diminta tolong oleh isteri dengan alasan "saya penat baru balik kerja tau tak? awak duduk rumah je bukan buat apa". jadi sewajarnya jika saudara membawa isteri keluar bersiar-siar serta membelikan beliau pakaian serta barang kemas untuk menunjukkan tanda kasih sayang saudara. berbalik kepada soalan saudara tentang isteri kerap muncung, itu adalah fenomena biasa pada abad ini  dimana para perempuan akan menjuihkan mulut atau mengembungkan pipi bila menghadap kamera dihenfon masing-masing. fenomena itu dinamakan camwhore syndrome dan aksi itu masih berterusan walaupun tiada henfon berkamera dihalakan kearah mereka. harap saudara berpuas hati dengan penjelasan saya.

                          -----------------------------------


saya gadis berusia 13 tahun dan mempunyai seorang teman lelaki sekelas dengan saya, masalah nya teman lelaki saya semakin dingin dengan saya semenjak beliau berkenalan dengan pengawas perpustakan yang lebih cantik dari saya. tolonglah saya kerana saya tidak sanggup kehilangan beliau.

esah

jawapan: kepala hotak ko! baru 1st time period dah mengedik nak bercinta! niat mandi junub ko dah hafal? dah pegi buat keje skolah. malas aku nak layan budak sampah cam ko neh!!


                       -------------------------------------


nama saya mohd rizal (memang nama sebenar) saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, masalahnya saya juga berminat dengan kaum sejenis. jika dirumah saya lah suami kepada isteri saya namun diluar rumah saya lah isteri kepada teman lelaki saya. bagaiman harus saya lakukan kerana saya tidak mendapat kepuasan bersama isteri.


jawapan: anda memang beruntung kerana ibubapa anda tidak membuang anda kedalam longkang sewaktu anda masih bayi. untuk mengelak anda terus terjerumus ke lembah hina saya nasihatkan anda membunuh diri kerana hidup anda tidak mempunyai sebarang erti. saya nasihatkan anda membakar diri dengan minyak tanah untuk merasa bagaimana peritnya api neraka bak kata tony wong "adakah bila keranda dibawa barulah airmata pun bercucuran?"

                 -----------------------------------------


nama saya we sleme (bukan nama sebenar, nama sebenar saya wan sulaiman) saya seorang anak emak dan mempunyai teman wanita yang tidak secantik arwah-arwah janda incek paranoid. namun saya amat bahagia bersama beliau. masalahnya setiap kali saya memandu beliau akan memekak mengarah saya untuk tidak melanggar lubang, lopak, sopak dan sebagainya. ini membuatkan saya tertekan kerana saya sangat sayangkan beliau tapi telinga saya sudah tidak tahan mendengar bebelan beliau setiap kali memandu kereta beliau. apakah yang harus saya lakukan? perlukah saya mengadu kepada emak saya?

jawapan:

TEKNIK dan cara melakukan hubungan suami isteri tidak pernah dibincang ketika menjalani kursus perkahwinan, malah tip atau panduan melakukan hubungan kelamin juga tidak pernah diberi kepada peserta kursus perkahwinan.
Oleh itu, ada pengantin baru yang jahil mengenai hubungan seksual dan mereka semakin tertekan apabila tidak tahu menjalankan tanggungjawab itu, contohnya siapa sepatutnya memulakan adegan sentuhan intim dan bagaimana isteri perlu bersedia untuk memudahkan hubungan.

Tidak hairan jika ada pasangan berdepan jalan buntu kerana gagal melakukan seks penetratif, terutama sejak mencubanya pada malam pertama.

Sebenarnya pasangan pengantin tidak perlu rasa janggal untuk membicarakan masalah dalam kamar tidur mereka. Ketika zaman nenek moyang kita dulu masalah ini dianggap rahsia.

Malah, perkara ini dirujuk kepada bomoh atau dukun kerana percaya mengenai perbuatan ilmu hitam yang kononnya alat sulit isteri dikunci atau alat kelamin suami dimatikan oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka.
Selepas mendapat semangat baru, timbul keyakinan diri dan akhirnya sebilangan mereka dapat bersetubuh juga. Yang gagal akan terus gagal.

Sebenarnya untuk melakukan sesuatu hubungan, suami perlu mencapai ereksi dan isteri perlu memberi kerjasama untuk menghalakan ereksi suami. Isteri perlu ‘buka’ pintu faraj iaitu dengan cara tidak mengemut atau seperti mahu buang air kecil atau buang air besar.

Jika tidak buat begitu, ia memang menyakitkan, lebih-lebih lagi jika suami tidak tahu hala tuju dan hanya menolak ereksi antara bibir serta menggesel tisu sensitif di bahagian itu. Jika pintu faraj dicengkam seperti mengemut yang biasa wanita lakukan apabila dalam keadaan seriau (cemas) atau panik, ereksi suami tidak dapat masuk.

Dalam keadaan seriau, wanita itu tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan mencengkam dengan kuat. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’ dan suami berasa seperti ada benda menghalang kemasukan.

Sesetengah suami yang juga tertekan akibat keadaan itu mendapati ereksi mereka tidak lagi kuat dan mereka mengalami mati pucuk. Suami yang masih mahu mencuba walaupun kebiasaannya gagal akan rasa hampa dan mereka tidak lagi teruja kepada isteri.

Mereka masih ada ereksi pagi dan boleh mencapai ereksi padat apabila teruja dengan rangsangan seksual, cuma mereka tidak yakin untuk bersetubuh kerana takut gagal lagi.

Nasihat saya, jika faraj isteri didapati kesat, lebih baik guna gel pelicin bagi membantu melicinkan ‘jalan’, jika masih gagal sebaik-baiknya cuba pula cari jalan lain seperti berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Hubungan keintiman seksual adalah fitrah semula jadi semua makhluk Tuhan dan lebih lagi untuk manusia yang berakal. Jangan biarkan diri anda dan pasangan hanyut dalam kejahilan.

Dalam dunia serba moden, masalah seperti ini ada penawarnya. Hubungan keintiman seksual bukan saja untuk mendapat cahaya mata, malah lebih daripada itu.

Sesiapa yang menghadapi masalah ini sewajarnya perlu mendapatkan rawatan dan bimbingan lebih sempurna supaya dapat hidup dalam suasana saling intim.

eh ko tanya apa tadi??

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive