saya dan inspekter sahab : chapter five

10.35pm
lokasi TTDI
lagu latar: _ _ _ _ _ (isikan tempat kosong dengan lagu yang sesuai)

sedang asyik menunggang tenggiling dengan kelajuan separa siput, seorang inspekter sahab menunggang saing, tunjuk isyarat ketepi. ketepi dengan penuh berhemah

inspekter sahab: awak tau tak apa salah awak ni?
incek paranoid: tak tau (bukak helmet..buat muka tak berdosa)

inspekter sahab: langgar lampu merah. mintak lesen dengan ic.. 
incek paranoid: Ooo... lesen takda encik (hulur ic dengan roadtax)

inspekter sahab: lesen takda? langgar lampu merah lagi? saman eh?
incek paranoid: hihi boleh lah

inspekter sahab: keje mana ni?
incek paranoid: kat meksis.. baru balik keje

inspekter sahab: ni bila nak buat lesen ni? (tengok ic)
incek paranoid: cadang nya minggu depan

inspekter sahab: ni umur dah berapa ni.. mak aih umur 30 lebih takda lesen... sini duduk mana?
incek paranoid: flora encik..

inspekter sahab: owh nak balik rumah la neh.. pegi la buat lesen cepat. polis depan mata pun langgar lampu merah (tak jadi saman, simpan balik buku saman dalam bakul)
incek paranoid: hehe terima kasih encik (start tenggiling bawak dengan penuh hemah)

moral of the story: tengok polis kiri kanan kalau nak langgar lampu merah

::notakakikudinbusuk:: dua tahun bawak tenggiling kat kl, lima kali kena tahan polis empat kali lepas satu kali sangkut

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive