saya tak minat bola (ulang tayang)

seingat saya pak ngah dan pak su saya merupakan peminat bola pada tahun 80an.. waktu dimana kegemilangan bolasepak tanah air. mereka berdua serta kuncu2 mereka pasti tidak melepaskan peluang berkumpul beramai2 menonton game ditv atau di stadium. peristiwa ini terjadi pada hari pernikahan pak ngah saya.....

selepas majlis pernikahan dirumah pengantin perempuan, rombongan pengantin serta kuncu2 pak ngah saya pulang kerumah.. dan salah seorang teman pak ngah saya tanpa meminta izin terus menukar saluran ke rtm1 (jika saya tidak salah) saluran bola.. saya yg sedang menonton majalah 3 yang menyiarkan kereta ala knight rider ciptaan pereka negara incek zulkifli tersentap! anda bayangkan.. saya sedang menonton tv.. tetamu datang kemudian tanpa meminta izin terus menukar siaran..
jadi apa yg saya lakukan? dengan senyuman riang dimuka, saya turun kedapur kemudian memanggil paksu saya.. "su.. tutup je la tv tu, derang dh x nak tgk dah" maka paksu saya yg sedang sibuk didapur terus naik ke ruang tamu dan menutup tv tanpa mengetahui itu adalah agenda jahat saya. kuncu2 pakngah saya tergaman kerana sewaktu tv ditutup pasukan kelantan hampir score!
dan saya terus turun ke laman rumah bermain bunga api...

peristiwa itu berlaku semasa saya masih sekolah rendah dan setelah 20 tahun lebih saya masih akan tergelak kepuasan bila mengingati peristiwa tersebut

demikian karangan saya yg bertajuk 'saya tak minat bola'


**********************************************************


best ko tau x jd blogger? entry lama tukar title pastu republish pn ada org baca & komen. klu reporter sokkabar wat prangai cenginih mau kena tampar ngn spender

posted under |

8 comments:

Khairi Mohd said...

terpesong tajuk ar hahaha. Tapikan, mereka betul2 keji sbb mengabaikan kehadiran mung di situ. Sila kutuk. hhaha

Unknown said...

aku dok depe tibi sedak dio jah tuka channel. gok deng yu madefaker hahaah

Khairi said...

mung budok kecik jah kot time tu. sek2 tu raso mung boleh diabaikan aje hahaha

dewa apek said...

hahahaha... lain kali kau turun ke dapur.. bawa minyak tanah.. curah atas tibi.. bakar dgn bunga api ko.. pastu baru kau turun tanah.. baru betul.

Unknown said...

kuba: mentang2 aku comel, kecik ,pemalu hahaah

apek: klu kt stadium aku dh wat cmtu dh gagagag

MatBURN yang sopan santun baik budi pekerti said...

biadap dan keji sungguh perangai budak sengal tu...

Unknown said...

tu la tindakan paling berhemah, x baik marah org tua ahaha

we sleme said...

bewok memang kanak2 pintar dulu..hehehe!!

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive