oh begitukah akhirnya? episode 0

julie mengucup bibir aku dan kemudian berbisik.. "please be gentle k sayang?" sambil tersenyum malu, muka kemerahan. aku tersenyum sambil mengangguk... tali dress julie aku lurutkan kebawah, payudaranya yang gebu tersergam indah.. aku menyembamkan muka kedadanya dan......

ringtone sweet dreams dari marilyn manson kedengaran.. bunyi itu semakin nyaring. "HELLOO!!!?" "selamat pagi encik, saya dari...." belum sempat perempuan tu habis cakap aku dah menyalak "PAGI KEPALA ABAH KO BERKUDIS!!! KACAU AKU PEPAGI BUTA PERHAL???" iphone 3g aku baling kedinding, tengok jam kat dinding pukul 9:30 pagi. celaka! asal aku nak mimpi basah ade jer orang kacau. bajingan tengik!!! pagi hari minggu pun telemarketing call? derang neh x reti ke nak respek orang nak mimpi basah? pepagi dah spoilkan mood aku, ni kalau kimie ada kat depan mau aku wat punching bag neh. speaking of kimie, mana pergi mamat sengal tu? biasa dia kejutkan aku semayang subuh, ari ni tak kejut perhal? takkan period kot? aiseh lupa mamat tu pergi kursus kat penang seminggu. kereta dia tinggal kat rumah. aku cek tengok kunci ada atas peti ais. yess!!
tak boleh jadi ni, dok kat kl weekend sorang2 memang bosan, alih2 aku packing baju 2-3 helai, start kereta.. balik kampung!
aku pecut 150km/j sepanjang jalan, test power RX8 mamat sengal tu, kaya tapi kedekut, aku suruh belikan RX7 kat aku pun nak berkira. bukannya aku mintak jet pejuang. padan muka kau aku lenjan kete ko balik kampung kata aku kepada diri sendiri sambil dengar THR RAGA
------------------------------------------------------------
"ni apa mimpi balik kampung tak cakap ni?" tanya mak aku sambil salam cium tangan. "mimpi basah mak" jawab aku dalam hati, gila kau? jawab camtu depan mak aku mau kena sepak dengan alu lesung sampai mati pucuk. tak sanggup aku! "saja jer nak surprise sempena hari kemerdekaan" "hangguk kau hari kemerdekaan! dah jangan nak merepek, pegi mandi pastu makan, mak masak gulai ketam. ayah kau pegi kedai beli beras pulut nak buat tapai" gulai ketam? lepas makan nasik lauk gulai ketam, petai cicah budu, sampai dua kali aku tambah. fuckin lickin good. ni yang aku suka balik kampung time2 duit hampir pupus neh, kalu kat kl nasik lauk ikan goreng taruk sayur sejemput pun 5-6 hengget. pekejadah??
lepas makan aku menyandar kat serambi sambil hisap rokok cap leher berkudis, apa pesen la derang neh taruk gambar2 tak senonoh neh, taruk la gambar lucah kan seronok sket mata aku tengok? angin bertiup sepoi2 bahasa tamil.. perut sendat, padat, ketat (promot teruja.com jap) mata aku makin kuyu.. mata makin kuyu.... mata makin kuyu......zzzzzZzZZzZZzzz
aku tersedar bila ayah kejutkan. "bila sampai?" "tengahari tadi ayah" aku jawab sambil salam tangan ayah, "dah pegi mandi smayang asar, jap lagi pakcik setopa kau nak datang" baiklahhhh
lepas mandi aku keserambi tengok pakcik setopa tengah sembang dengan ayah, "ha kau bila balik?" "tghari tadi" aku join diaorang, mak dah sediakan cawan untuk aku sekali. neskefe o dengan cempedak goreng. hoh! makan lagi. " kau bila nak kawin wan? muka ensem takkan takda pompuan nak? ke ko tak minat pompuan?" chisttt!! cabul betul mulut tua kutuk neh, kalau bukan sebab zanpaktou aku tertingal kat kl mau aku release bangkai pastu bagi getsuga tenshou 46 das baru dia tau langit tu kaler apa. pedulik hapa aku kalu dia guru tomoi sekali pun.
"per barang kawin, kalau kawin pun stakat jadi hamba bini nak buat apa kan?" aku jawab selamba. pakcik setopa yang tengah hirup air tersedak. hambik ko!! cari pasal dengan aku sapa suruh? satu kampung tau pakcik setopa takut bini, nama je guru tomoi. dalam gelangang dia la juara, takda orang berani lawan dengan dia, bukan stakat tomoi, silat pulut pun dia terer. tapi seterer2 dia terer lagi makcik senah bini dia. tak payah bunga langkah sembah, selamba je makcik senah baling periuk belanga mencicit lari pakcik setopa tak cukup tanah. aku nak kena suggest pakcik setopa belajar ilmu ghaib la, biar bila makcik senah baling periuk dia boleh ghaib pegi kedai kopi kak yah main dam aji.
malas aku nak kacau orang tua2 sembang, lepas habiskan air dengan 5 ketul cempedak aku bangun nak keruang tamu, tiba2 henfon aku berbunyi.. ah ada msg, no sapa pulak ni takda dalam list?
hye u,, still remember me? :)
+6012*********
hye, sory ur no not in my list :P
its me la fatin. how could u del my no??
aiyark! fatin mana pulak?? malas aku nak pikir so aku sambung cite ni lain kali jer la hohohho
*

posted under |

7 comments:

Kimie said...

nih cerpen ker novel nih?... aku nak kena komen ker atau aku nak gelak? ataupun aku delete terus jer nih...

P/s terima kasih kerna menyudikan diri aku menjadi Hero... ekekekek

MatBURN said...

"....ke ko tak minat pompuan?"

wakakakakakakakka... ayat power tu..

kalau dah siap karangan SPM kau ni jgn lupa hantar ke jemari seni.. boleh jadi best seller ni.. hahaha

Kimie said...

Aku dan Amoi Bas SeriJaya No. 38

“Arrr.. nyamannya udara…” bait-bait kata sebegini sering keluar dari bibir ini. Langkah dihayun menuju destinasi sebagaimana terbangnya burung mencari makan.

“Aku mesti cepat nih… kalau tidak.. terlepas bas … alamat merah lagi punch card aku” bisik hati kecil aku sambil hayunan langkah makin pantas sepantas larian harimau bintang di tanah gersang bernama Afrika yang sering ku lihat di televisyen.

Inilah langkah setiap hari untuk diriku ke tempat kerja, kesabaran sering ku utamakan demi mencari rezeki yang halal. Kadang terfikir juga kalau aku mempunyai kenderaan pasti aku tidak perlu bersusah payah sebegini. Tapi itulah kehidupan manusia kadang-kadang kita perlu bersusah dahulu dan bersenang kemudian hari nanti bisik hati kecil aku ini.

Vrrrroooooommmmm…pinnnnn!!…..bunyi deruman dan hon kereta membuat aku tersedar dari lamunan seketika tadi. Ku lihat sudah ramai yang menanti di perhentian bas. Suasana hiruk-pikuk kenderaan sudah menjadi asam garam lampu isyarat di persimpangan Ampang Park setiap pagi.

bersambung..

Khairi Mohd said...

apohal episode kosong weh bukan ke yg ni sambugn hat hari tu.

aku suka watak makcik senah vini si setopa. hahaha.

p/s: terer plak ko mimpi basah ngn julie woon. siot ah.

aku pestime mimpi basah, tak ingat ah sapa hahahaha.

Unknown said...

kimie: tetiba jadi panjang lak, part julie ngn kawan dia lom wat lagi, agak2 ada lg 2-3 part baru settle sme. ko baca dah la, ko bkn admin pn kt sini nk delete posting aku haha

matburn: xmo ah aku, biar kuba sorg jadi penulis novel dah la. nti krg aku glemer payah lak, dh la aku pemalu kekeeke

kuba: ada pilot epised, episod 0, pasneh baru episod 1 kui3

we sleme said...

aku pelek sikit ar..
ko pandai ke bawak keter? ade lesen kaa?

Unknown said...

buduh ni cite jer, lurus bendul la ko neh

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive