kotak rokok bergambar kaki busuk dicapai, sebatang rokok ditarik diletakkan antara bibir dan dinyalakan. asap rokok disedut rakus kemudian dihembuskan.. bau kurang menyenangkan memenuhi ruang bilik. GEDEGANG! "siamang! nak kentut pegi jejauh la! dah la bau bangkai" aku menjerit sambil meludah beberapa kali di sinki. kimie yang terjelepuk dilantai menyeringai kesakitan, hikmat tendangan tanpa bayang kuasa 7 petala langit yang dilancarkan oleh aku tadi mampu menjejaskan tahap kesuburan sperma kimie untuk selama 2 minggu. "kejam la ko neh! aku kentut kena sepak, kencing atas tilam pun kena sepak, takde timbang rasa btol" kimie protes. aku diam, kimie makin dilayan makin mengada.
"kimie.. aku rasa dah tak boleh tahan la" kimie yang masih mengosok rusuk beliau memandang aku dengan muka slenge. "tu la kau. dari dulu aku suruh kau tegur si julie tu taknak. kau bukan tak hensem? muka jambu, sopan, kencing reti flush tak macam aku. dah la muka aku iras2 siamang. kalau aku jadi kau dah lama aku ayat si julie tu sampai dapat" balas kimie selamba. "aku bukan cakap pasal tu la munyet!!! aku nak berak neh! yang kau ikut aku sampai jamban pehal????" "hehe aku teman kau berak eh? aku takut la duduk ruang tamu sorang2, terbayang lagi hantu dalam cerita tadi" balas kimie tersengih2 bak kerang busuk dah la memang busuk. aku geleng kepala, sudah lali dengan perangai kimie yang suka tengok cerita hantu tapi penakut. keji! cerita hantu razak mohaiden pun takut, budak kecik belum bercerai susu badan pun tak takut tengok cerita sampah sebegitu. pintu tandas dihempas kasar, kimie bertinggung diluar tandas barangkali, ah persetankan dengan mamat sengal tu. boxer doraemon dilucutkan.. acara main taik bermula....
julie.. nama yang secantik orangnya, tuturkata bersopan, senyuman tidak lekang dari bibir. gadis yang sudah 3 bulan ku perhatikan bermula dari pertemuan pertama secara tidak sengaja terlanggar bahu semasa sama2 mahu menaiki bas rapidkl aircon bau hapak. bukan salah aku, aku terpaksa pulang kerumah sebelum pukul 9 malam, kimie dari tadi bingit mengingatkan aku menemankannya menonton cerita kliwon ditv3. permintaan yang terpaksa aku setuju setelah dirasuah dengan 5 ekor burung puyuh goreng berempah yang dibeli dipasar malam.
gadis yang kemudian namanya ku tahu bila driver bas yang terlebih peramah menegur beliau sambil mata memandang pangkal dada julie yang berbaju putih. dasar tua kutuk!! dah 4 bulan aku pindah area sini kenapa tak pernah nampak bidadari ni?? sejak dari hari tu aku akan pastikan aku akan berada di bus stop dari jam 6 petang hanya untuk menunggu melihat kelibat dia! kebiasaannya dia akan sampai di bus stop sekitar jam 6.30 petang, setelah melabuhkan punggung yang montok, kemudian mengeluarkan psp dan bermain game yang bunyinya cukup aku kenali.. Bleach6... dan aku sekadar memerhati...
dan kini setelah 3 bulan aku hanya memandang dari jauh tanpa berani menegur
- - - - - - - -- - - - - - - - -- -- -
to be bersambung....
*sbb marion sudah kurang hot maka nama watak heroin ditukar untuk lebih komersil*
posted under |
22 comments:
marion tu lelaki ke perempuan?
oit. citer jin aku dah siap. ko nak baca tak?
at least pape hal mung leh romen. eh komen.
marion tu pompuan la, huhuhu
suda siap ka? sok aku off aku le baca 1 shot smpi abih. bila nk publish yg tuh?
tak tau lagi bila. aku cuma nak mintak pendapat aje haha. oit aku email kat ko.
part sambung tu aku gerenti mesti punya ada scene mimpi basah
hahahaa
khairi: valid email aku abah.ngko@gmail.com yahoo mail aku tu spam besepah, aku guna utk ym jer
matburn: cilakak!!! u read my mind! haahaha
marion tu duk area umah ko ke?
mana leh cite, nti x saspen ah hohhohoho
ko nak wat cerita erotic ke wakakaka...
p/s: aku emel ke mung skang. best la na lepak umah. kalo ado bini lagi best. ko kawin ler cepat2 hehehe
best woo rest in peace kt umh. aku kn lelaki x bertangungjawab mn le kawen awal2 muahaahaha
bewok,
Untuk menten jadi lelaki tak bertanggungjawab adalah satu tanggungjawab.
hahaha woi aku bosan la ko nyer soalan, berapa markah saya dapat, ini raung komen tau bukan kasi markah haih...
bila nak sambung nih?
aku dh tukar.
transformer nye sekual pn kna tgu 2 thn. agak2 2011 siap la part 2 cerpen aku kuikuikuikui
Hahahaha... dah tukar...
ada lagi, brani tu... kasi senggang sikit predikat ngn subjek dia. hahahah
baik ko sambung cepat sebelum aku hack dan buat versi aku. aku jadikan merion seorang cikgu taska nanti.
To Marion,
"Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu"
haahah kimie, jgn ko usik marion aku
kuba: lek la dlu x suspen la smbg awal2 beside ni true story aku neh haahah
"Ingatkah lagi Marion waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku Marion
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali padamu Marion
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu... Marion ku"
keri menaip:
aku jadikan merion seorang cikgu taska nanti
wakakakakaka.... kau hack jek keri nak jugak aku tau rupa marion sebagai chekgu taska
khairi: dasar ahli syurga! nak cekgu taska jer haahaha
kimie: diam ah ko hahaa
matburn: imagine marion jd cekgu taska? huh x urban lnsg
"Ingatkah lagi Marion waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu"....
lalalalala....
Post a Comment