tengok lah siapa pengarahnya bukan siapa pelakonnya
pernahkah anda menonton previu filem yang dibarisi oleh pelakon pujaan anda dikaca tv dan kemudian berkobar-kobar ingin menonton lantas mengajak atau memaksa pasangan anda menemani anda menonton filem itu? dan selepas menonton anda keluar dari pawagam dengan muka ketat serta menyumpah tanpa henti diselangi dengan dialog " k***K tol! mengabihkan duit aku je, baik aku campak jer duit 20 hengget dalam longkang dp tengok cita sampah neh!!! kerana filem tersebut tidak menepati citarasa anda. ini kerana filem itu terlalu bodoh, sebodoh pengarahnya. saya pernah! tetapi dialog saya adalah.. "sial tol! buang masa tgk cite sampah neh, membazir usia remaja aku jer! dapat tiket free pun x berbaloi!!" dialog itu saya tuturkan lebih kurang lima tahun lepas dan tajuk filem itu adalah... (maaf saya sukar mengingati tajuk filem2 sampah)
selepas itu saya lebih berhati2 pabila ingin menonton wayang sementelah lagi saya bukan kaki wayang (sila rujuk entry saya yg lepas), saya tidak mempunyai pelakon kegemaran, jadi faktor utama yang diambil kira adalah siapakah pengarah nya?? jika pengarahnya adalah razak mohaiden, m.night shayamalan serta stephan king maka tanpa berfikir lebih dari 5 saat saya memutuskan wang itu lebih berbaloi jika saya habiskan untuk membeli bekalan nikotin (amaran kerajaan malaysia: merokok membahayakan kesihatan)
mengapa saya memboikot ketiga2 pengarah ini?
------------------------------------------------
1) kerana mereka adalah golongan yang berkata "saya bagi apa yang khalayak mau"
keji!! orang yang menuturkan ayat sedemikian adalah manusia yang tidak layak bergelar orang seni. mereka adalah kapitalis, membuat filem tidak dari hati yang ikhlas, sekadar untuk memenuhkan poket sendiri. pengarah sebenar adalah mereka yang tidak peduli jika filem mereka dikritik hanya kerana lari dari norma, tiada barisan pelakon2 kroni yang hanya harapkan muka dan kontroversi tapi berlakon macam mangkuk jamban keretapi, meraka berkarya kerana hati mereka inginkannya, mereka berkarya dari hati tanpa mengharapkan kutipan pecah panggung, mereka berkarya untuk memperjuangkan kepercayaan mereka.
"saya bagi apa yang khalayak mau"
jika seluruh pawagam dihidangkan dengan genre yang sama, maka apa pilihan bagi saya, kami yang bukan orang seni ada? dimasa keluar berpacaran bersama kekasih hati maka genre "saya bagi apa yang khalayak mau" itu la yang terpaksa menjadi pilihan, dikala kebosanan akibat tinggal bersendirian dan ingin menghiburkan hati dengan menonton wayang maka genre "saya bagi apa yang khalayak mau" itu juga yang terpaksa menjadi pilihan, disaat keluar bersama kawan2 yang sudah bertahun tidak ketemu dan setelah kali lenguh menjelajah shopping mall dan terasa ingin merehatkan kaki sambil memakan popcorn ditempat gelap maka genre "saya bagi apa yang khalayak mau" itu juga yang terpaksa menjadi pilihan. maka terbentuk lah pemikiran ini lah filem malaysia, hanya ini yang kami ada, ini lah apa yang kami dambakan, inilah yang kami agung2kan, hanya ini yang kami mampu bikin dan tonton.
2) saya memang tidak menyukai filem2 mereka.
filem2 mereka langsung tidak mampu menyentuh hati, mesej yang tidak tersampai, maaf saya terlalu malas untuk bercerita tentang sebab kedua ini, jika anda pernah menonton filem2 arahan m.night shayamalan serta stephan king mungkin anda dapat meneka maksud saya, dan anda juga mungkin dapat meneka bahawa sebab yang pertama itu saya memang tujukan kepada razak mohaiden hahahaha
jadi kepada pengiat seni, sila racun pemikiran kami dengan karya anda yang terpesong dari "saya bagi apa yang khalayak mau" supaya.......
------------------------------
ini sekadar luahan dari saya yang buta seni jadi kepada razak mohaiden, jangan khuatir cuma ada segelintir sahaja 'saya' dimalaysia ini, anda masih boleh teruskan 'karya' agung anda
12 comments:
stephen king bukan pengarah filem bhai. Dia sendiri pernah menghentam beberapa pengarah yang buat adaptasi novel dia ke filem sebab hasilnya macam haram hinggakan dia sendiri pernah memohon satu injuksi mahkamah supaya nama dia di keluarkan dari kredit filem The lawnmower man sebab filem itu katanya umpama sampah dan tindak menepati standard seperti novel asalnya
m.night shayamalan tu aku rasa kau ni jenis yang tak suka movie yang memerlukan otak kau berfikir.. hahahaha.
Razak mohaiden tu memang aku boikot lah bhai. Filem yang terlalu kenegerian.. menyampah aku.
owh stephen king bkn pengarah eh? aku kna tipu rupa nya hahahaa.
aku agak suka filem yg mencabar minda contoh doreamon the movie, cilaka silap taip.. cm aiseh lupa lagi tajuk filem
razak mohaiden mmg sampah! ayuh kita bersama2 tunjuk jari tengah kt dia klu terserempak kt pasar malam
two thumbs up.
saya tak bole tegar memperkatakan semua ini.
kerana a.razak mohaiden bekas lect saya.
tp...
saya jugak agak annoy dgn filem2nya...
aku pun heran bila bewok marah kat stephen king yg wat pilem. hahaha.
sila marah diri anda sendiri bewok.
pok jak maiden. 1 pilem dia aku suke. aku lupe. yg apek ngn wahida wasini tu eheh.
cik mega: owh ye ke? beliau seorg lect, tp karya beliau seperti "tuttttt" ibarat ketam mengajar anak berjalan betul? hahahaha
khairi: aku nga marah la neh, kena tipu ngn beberapa filem yg letak director: stephen king. klu aku tau saya yg wat cmtu nescaya aku gi tampar muka dia ngn spender
ralat:: klu aku tau sapa yg wat cmtu...
khairi, ko ske pilem tu pn sbb ko ske kt wahida jer kn? hahaha cm aku x kenal ko kekekeke
x baek uh cik mega kat mana2 suka kutuk pensyarah kesayangan aku!
uh uh anak murid kesayangan a.r.m (mls nk taip name pnuh) dtg bela tok guru dia haippp
bewok: takkan sbb aku suka tgk apek plak wakaka. huish. ko tahu aku gi tgk citer tajuk potret mistik tu kat pawagam. kaberet tol ingatkan hantu rupa2 org gila. mistik la sgtttt.
aku reply cam ni blog aku hahahaha. jom bewok kita wat pilem.
hahaha aku lg ske klu org reply pnjg2, br meriah. tgk kt pawagam? terkutuk la perbuatan ko tuh miahahaa.
wat wayang eh? 1st step ko nk wat filem adalah ko kna mahirkn diri dgn teknik 3gp, pastikn penata cahayaan sempurna, gambar x goyang2, heroin memberi sepenuh kerjasama, sound efek kna secukup rasa kekekeekejiiiiiii
betul betul betul
kalau pi wayang mau tgk movie, pastikan sound efek movie tu berdentam dentum dengan tembakan dan letupan... total destructions! haha
kalau tgk citer cinta kat pawagam macam bazir duit jek aku rasa.. hahaha.
nti transformer nk kna gi tgk wayang neh. mesti gempak
Post a Comment