Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka di luar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya. Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain. Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan. Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun. Mereka sibuk dengan fikiran masing-masing. Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya." Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapi terbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku. Tapi sayang, aku yang kena." Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku, malangnya nenek pulak menamparnya." Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri." ----------------------- lawak ini mampu membuatkan saya tergelak =))

posted under |

14 comments:

Cik-MeGa said...

wahahaha!
mmg kelakar!
inche paranoid misti berangan-agan die jd si perajurit..
wahahaha!

sy da update blog!
=)

Cik-MeGa said...

*berangan-angan.

seblom dikutuk oleh org laen, sy betulkn spelling error sy.

Unknown said...

tu la dia org berdosa, takut ngn bayang2 sdiri. saya x kutuk pn klu salah eja, hahaaha

saya berangan jd jerusi yg diduduki oleh gadis itu. oh nyaman nya hehehe

Anonymous said...

inche paranoid,
cik mega suruh minta maaf.
*series serius

mungkin sy spt kurang kaseh sayang lalu berak merata-rata di sini. ok kurang sopan maka tukar perkataan kepada eh comel what 'berak merata-rata' tu? br mcm Paris Hilton.punya hanjeng. woof wooff.

mungkin sy perlu lebey serius.spt tak ketawa melihat perot jemir. ok itu cerita laen boleh rujuk pd entry br cik mega nnt.

mungkin sy patut berhenti membunuh ms dgn menulis blog dgn siapkan novel yg belum jumpa-jumpa lagi titik itu.MALAS SANGAT BUDAK NI!

atau mungkin sy perlu tanamkan diri dlm tnh dan suruh miaw-miaw sy berak scr bergilir2 atsnya. ya mungkin!

ya, mungkin sy patut berhenti tulis ni. da pjg sgggt kalo ikut caj telegrm da rugi neh.

ok, bye.

ok dan sbnrnye sy igt inche nie kwn cik mega. rupenye kwn blogger saje.hahaha.minta maap sbb tlh selamba shit merepek di sini.sy sbnrnye pendiam dan pemal KELUAR KAU SEKARANG!!

Unknown said...

tak perlu minta maaf, anggap saja saya kawan kamu berdua. lagipun selain matburn, cik mega dan zurina omar..siapa lagi yg akan mengomen diblog saya? :P

jadi.. silakan membuat onar seperti biasa hahaahha

Anonymous said...

ala.
bukan ikhlas pon minta maaf tu.(HAHA)
saje x nak derhaka kat org tua.

cik mega,
amacam?
tau x lagu jan jan jala jala itik jala ayam tu?
kehkehkeh=P

Cik-MeGa said...

inche paranoid, sy mksudkn zurina omar yg kutuk spelling error sy. budak tu mnd tdo mkn gan kamus dewan gamaknye musim2 cuti neh..

keji ah zurina omar. taip komen pnjgggg2..
pendiam dan pemalu adlh side sblh blkg ko ok.. u r totally tak reti diam...pastu pot pet pot pet...

Unknown said...

haha sengal tol

PennyRoyal Tease said...

thehehehehe...

aku akan choba jadikan ektibiti mengomen dalam belog inchek bewok sebagai satu ektibiti berpaedah setiap hari

kehkehkehkeh

Unknown said...

bagus tuh cita2 ko matburn, dp ko dok tgk diari af7 bkn ade pekdah pn hahaahah

Cik-MeGa said...

keji ho kwn inche paranoid. tgk diari af?? hohoho. gagal logik..
(memang seronok penyakit reply komen kpd komen org neh)

Unknown said...

beliau x tgk pn diary af7 (rasa nya la kot) saya sengaja mengada2kan cerita hahaaha.

sonok kn reply komen org? heheh

PennyRoyal Tease said...

hahaha.. apa barang tengok diary AF ka bagai.. baik aku tengok snoop dog fatherhood kat cenel MTV ka

kehkeh

Unknown said...

kekekee klu ko tgk af aku lantik ko jd kawan baik wan sleman yg masih terkapai2 cari identiti diri tuh muahaha

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive