manusia semakin sampah

May 23

kes bunuh berebut spender, rompak, samun, rogol, dadah, pompuan clubbing telan bijik bla bla bla sepuluhratuskali. manusia semakin hina~ dunia dirasakan semakin tidak selamat untuk didiami, berbagai hukuman dicadangkan untuk golongan ini namun tindakan tembak keatas penjenayah adalah hukuman yang sesuai. saya adalah inspekter sahab menaiki kereta polis jenama mustang gt heavily modified mengejar penjenayah yang menaiki kereta jenama asia yang dicuri, selepas merempuh kereta penjenayah tanpa segan silu kemudian 5 orang penjenayah mengangkat tangan tanda menyerah diri.. apa yang saya akan lakukan?" hensap yu ar ander erest?" tidak relevan! semestinya saya terus sahaja menembak sipi cuping telinga mereka dan mengarah kan mereka lari sekuat hati. "run criminal run!!!" (diadaptasi dari dialog forest gump) lalu saya dengan santai mengeluarkan sniper rifle dari bonet kereta sambil mencucuh rokok dan meng~aim~kan penjenayah yang sudah berada 200 meter didepan dan menembak satu persatu mereka seperti menembak seekor musang pulut yang membaham ayam serama kesayangan ayah. muahahahaha gelak saya persis mr mogambo watak jahat filem hindi lama.

pernahkah anda menonton filem battle royale arahan takeshi? (maharaja istana takeshi) jika belum sila download. jika saya adalah pemerintah dunia, si penjenayah akan dihimpunkan disebuah pulau yang dikelilingi haiwan lautan mutasi bagi mengelakkan penjenayah meloloskan diri. kemudian perempuan clubbing telan bijik dilemparkan disana sebagai habuan nafsu binatang mereka. mereka dicampakkan dari helicopter sebagaimana mencampak daging ke mulut buaya. kemudian pada setiap 30 disember sempena hari kelahiran saya, akan diadakan hunting season dimana saya selaku manusia kasta tinggi serta insan2 kasta tinggi yang lain akan memburu mereka seperti sang pemburu memburu kijang. dikepala saya terlintas gambar pelangi sewaktu artikel ini ditulis.
manusia, utopia, pelangi.....
indahnya dunia jika tiada jenayah...
indahnya dunia jika dadah tidak disalahguna...
indahnya dunia jika... sambungkan ayat diatas mesti melebihi 500 patah perkataan. karangan cikgu nak siap esok ya murid murid!

posted under |
Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive