...(tajuk tulis sendiri)

sudah agak lama saya tidak meng~update blog ini, saya ketandusan idea serta tidak mempunyai masa untuk berdua-duaan dengan cik gepren no 1 saya ini (pc). ini kerana teman saya datang dari timur dan menginap dihotel mewah saya ini untk sementara waktu dan kami meng~3some cik gepren sepanjang waktu (entry ini ditulis sewaktu teman saya keluar berpoya2).

jadual saya agak padat kebelakangan ini, ini kerana saya menjadi tourist guard kepada teman saya yang belum pernah menetap didamansara, jadi saya membawa beliau berpeleseran diserata damansara. ini mengakibatkan beliau tidak lagi mahu menetap di area kl serta mahu menginap bersama saya. saya dalam perancangan mencari rumah yang mempunyai balkoni, sudah lama saya mengidam mempunyai balkoni... anda bayangkan.. hujan turun dengan lebat.. saya bersendiri dibalkoni.. menghirup secawan neskefe panas sambil menyedut asap rokok..oh shahdunya... hujan adalah waktu yang paling gemari, ia membangkitkan satu perasaan aneh.. perasaan syahdu, romantis dan mengembirakan.. oh saya rindukan hujan, rindu meredah hujan lebat dari klcc ke damansara, naik kerumah dalam basah kuyup dan mengeletar lantas mandi dan membancuh neskefe panas.
-------------------------------------
henfon cybershot saya masih belum siap dibaiki, sunguh tak guna...

posted under |

4 comments:

Cik-MeGa said...

hampir2 saya mahu menyaman anda kerna dah lame tak update blog! hehe..

rumah sy kat kg ade balkoni..
besar weh..
di kanannye ade pokok jambu..
dihadapannya ada laman yg luas..
wah!

Unknown said...

saya mau membeli rumah anda dikampung, kemudian balkoni yg luas itu akan saya taburkan pasir, memasang payung besar, kerusi malas serta meja kecil. dan saya akan bermalas-malasan sambil menyedut fresh orange yg diletakkan payung kecil serta hirisan oren pada bibir gelas

Cik-MeGa said...

anda berhalusinasi yg overbroad.
sila kembali ke alam nyata. kerna saya takkan boleh menjual rumah di kampung tersebut memandangkan ibu saya berkemungkinan akan mengejar sy dgn parang kontot sekiranya sy memandai2 buat begitu.

fakta: rumah saya kaler merah atas dan coklat bawah..layer weh!

Unknown said...

haha mana mungkin saya membeli rumah dikawasan kampung, pabila berada dikawasan kg saya tepaksa bercampur gaul dengan masyarakat dan itu hanya akan menjatuhkan reputasi saya sebagai kera sumbang
(saya kera spesis comel). sebagai lelaki urban saya hanya boleh tingal dikawasan bandar dimana jiran2 saling tidak mengenali serta hanya membuat hal masing2
-------------------------
jika anda fikir kaler layer rumah kg anda cukup cantik, anda silap. kuih lapis lebih cantik layer nya
-------------------------

muahahhhaah

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive