pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

seingat saya pak ngah dan pak su saya merupakan peminat bola pada tahun 80an.. waktu dimana kegemilangan bolasepak tanah air. mereka berdua serta kuncu2 mereka pasti tidak melepaskan peluang berkumpul beramai2 menonton game ditv atau di stadium. peristiwa ini terjadi pada hari pernikahan pak ngah saya..... selepas majlis pernikahan dirumah pengantin perempuan, rombongan pengantin serta kuncu2 pak ngah saya pulang kerumah.. dan salah seorang teman pak ngah saya tanpa meminta izin terus menukar saluran ke rtm1 (jika saya tidak salah) saluran bola.. saya yg sedang menonton majalah 3 yang menyiarkan kereta ala knight rider ciptaan pereka negara incek zulkifli tersentap! anda bayangkan.. saya sedang menonton tv.. tetamu datang kemudian tanpa meminta izin terus menukar siaran.. jadi apa yg saya lakukan? dengan senyuman riang dimuka, saya turun kedapur kemudian memanggil paksu saya.. "su.. tutup je la tv tu, derang dh x nak tgk dah" maka paksu saya yg sedang sibuk didapur terus naik ke ruang tamu dan menutup tv tanpa mengetahui itu adalah agenda jahat saya. kuncu2 pakngah saya tergaman kerana sewaktu tv ditutup pasukan kelantan hampir score! dan saya terus turun ke laman rumah bermain bunga api... peristiwa itu berlaku semasa saya masih sekolah rendah dan setelah 20 tahun lebih saya masih akan tergelak kepuasan bila mengingati peristiwa tersebut demikian karangan saya yg bertajuk pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

posted under |

5 comments:

we sleme said...

macam cilake....kenangan xleh dilupekan katanyeee...hahaha!!

Khairi Mohd said...

comel la header mung weh. buat ko aku so.

Unknown said...

ni udie tlg aku buat. mung srh dia

Cik-MeGa said...

dasar budak kecik keji.
hahaha!

Unknown said...

hebatkan saya? tindakan drastik yg mencalarkan emosi peminat bola. itu belum diceritakan perbuatan keji saya ketika remaja.

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive