hari gembira yang memenatkan chapter 1

hari ini saya berserta team mates keluar berpeleseran di times square, acara dimulakan dengan saya orang pertama sampai disana, akibat kebosanan saya berlegar2 didalam mall dan terjumpa teman lama yang bekerja di butik timberland, lalu saya melepakkan diri sementara menanti team mates yang kesemuanya melayu (dasar janji melayu! hahaah) jam 11.30 pagi incek boss pun sampai jadi kami berdua menghabiskan kredit prepaid menghubungi mereka2 yang lain. jadi acara menanti dalam kelaparan tidak membreakfastkan diri berlangsung selama sejam. acara kedua adalah mengisi tali perut dengan memakan burger McD beramai2. sejurus itu team mates berlainan jantina pun sampai dengan muka tidak berdosa.. (keji la korang smpi lambat) apabila hampir kesemua orang telah sampai kami bermain bowling.. permainan yang tidak pernah saya mainkan selama hidup ini. saya sangkakan kesemua hayunan bola akan ke longkang namun sangkaan saya silap. ternyata saya mempunyai bakat terpendam dimana hanya 9.98% balingan bola saya ke longkang hingga melayakkan saya mengalahkan wan sleman sebanyak 3 game (beliau mungkin sedang menangis dipangkuan ibunya mengadu kekalahan beliau sewaktu entry ini ditulis). selepas bermain bowling kami menonton filem fast n furious 4 (translasi di skrin = pantas dan garang wtf??) cerita yg menghiburkan. selepas menonton filem itu saya bersemangat sekali untuk memodifiedkan skuter saya menjadi mustang gt. sungguh hebat sekali pengaruh cerita itu. selepas itu kami berlegar2 mencari kostum untuk dress down day. tema kami adalah power rangers. jadi kami perlu mencari kostum power rangers. saya sedari awal menge'chop' untuk menjadi power rangers pink. kami berlegar dari times square ke sungei wang plaza namun hampa kerana tiada 1 kedai pun yang menjual kostum power rangers. akibat kehampaan kami pn menutup acara hari ini dengan mengisi tali perut untuk kesekian kali setelah didesak oleh cacing peliharaan dalam perut kami, majlis bersurai lebih kurang pukul 9 malam. begitu indah keluar berpeleseran bersama team mates, gambar kami menjadi kanak2 jakun akan saya uploadkan seberapa segera. *nota* tema untuk dress down day kami bukan power rangers sebenarnya. tema sebenar dirahsiakan untuk mengelakkan pesaing kami mensabotaj tema kami hahaahaha

posted under |

4 comments:

Cik-MeGa said...

saya jugak tergumam dengan tema power rangers tersebut. dan kamu pilih pink pulak tuh!! tak penah dibuat org seyh!

Unknown said...

memang bukan tema power rangers pun. i wish boleh buat tema tu, tapi nak cari kostum payah. klu le wat tema tu mesti team kami menang
hahaah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive