penyakit yg separa keji

lately saya dihadapi penyakit yg sunguh keji, dimana saya akan tertidur diluar batasan kemanusiaan normal. semalam sebaik sahaja pulang dari opis meredah ujan lebat, saya terus mandi dan meminum susu segar, menonton smallville lantas saya tertidur hingga pukul 4 pagi! sungguh jahanam bukan? dari seorang penghidap insomnia separa tegar saya berubah menjadi hantu tidur, penyakit ini saya kesan sejak bulan lepas dimana waktu terluang saya di isi dengan meniduri diri ini. hinggakan saya tidak mempunyai waktu untuk keluar berpeleseran. contohnya: kelmarin saya off day, bangkit dari tidur pukul 10 pagi lantas saya memasang anime dan tertidur hingga pukul 4 ptg, bangkit utk masak sambal ikan bilis petai (setelah hampir 2 bulan dapur saya tidak berasap) dan kembali meniduri diri ini selepas maghrib hingga ke pukul 6 pagi..

adakah ini tandanya saya sudah tua? badan saya tidak lagi mampu untuk berjaga hingga lewat pagi, begitu juga apabila saya keluar berpeleseran dipusat membeli belah.. saya akan cepat merasa kepenatan walhal sebeloum ini saya mampu menghabiskan masa 7-8 jam tawaf di sungei wang plaza hingga mendapat haji mabrur (keji!)
----------------------------------------
saya mau menyambung menonton smallville

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive