mari bercerita tentang movee

saya mempunyai tabiat tdo yg pelik : saya akan memainkn movee2 seram @ action sambil di iringi dengan volume yg kuat seumpama menonton wayang. jika saya akan tertido dlm masa 15minit selepas itu tandanya movee itu best! sunguh pelik bukan? tp jika saya berjaya menonton movee itu sehingga tamat itu tandanya movee itu hina dan tak layak menjadi bedtime story saya. ssblom ini saya mempunyai koleksi Nightmare On Elm Sreet sbg bedtime story saya, dan saya akan memasang koleksi itu setiap kali saya mau tido. tetapi koleksi itu telah dipinjam oleh kawan yg tak reti cakap mau pinjam dan tak reti mau pulangkn.. jgn risau kawan itu telah saya shitlistedkn dan saya telah mengharamkn beliau mengunjungi rumah saya. dari pengamatan saya movee seram malaysia sungguh keji. ini kerana pelakon yg akan menjerit hingga membingitkn telinga. movee seram yg hebat adalah movee yg mampu membuatkn penonton menjerit dengan rela bukan menjerit "hoi kimak! diam la whoi!!!" namun diantara movee seram yg boles dipuji adalah jangan pandang belakang. saya puji cerita itu kerana saya mengambil masa seminggu utk menghabiskn 2 disk cerita itu. sungguh hebat bukan? dan movee seram yg paling hina pernah saya tonton adalah ...(maaf saya lupa tajuknya) lakonan rita rudiani, cico anak uji rashid, dan entah sapa lagi arahan razak mohaiden. saya menonton filem itu dengan meng'mute'kn volume! jika anda pernah menonton dan masih ingat movee hina itu anda pasti bersetuju dengan saya.. movee itu dipenuhi dengan jeritan para pelakon nya walhal movee itu langsung tidak seram! (celaka buang masa remaja aku jer tgk cite sial tu)saya menonton movee itu bkn diatas kerelaan saya sendiri. ini adalah kerana saya terperangkap dirumah dan ketandusan movee utk ditonton. mari kita lupakn tentang movee hina itu. bercakap tentang movee saya teringat filem hindi zaman 80an dimana watak inspekter sahab lakonan amitha blacan amat populer. dengan tema yg sama; hero adalah inspekter sahab bercinta dengan heroin, cakap beberapa patah kemudian menjerit "hensap! yu ar ander arest!" kemudian sang penjahat menepis pistol ditangan inspekter sahab lantas bergelut, inspekter sahab kemudian menumbuk sang penjahat di iringi bunyi 'DUSHUM!' lantas sang penjahat terus tercampak kebelakang melanggar gerai sirih atau dinding bata dimana dinding itu akan pecah dan roboh. sunguh hebat penangan inspekter sabab itu! lantas beliau meraikan nya dengan menyanyi lagu duet bersama si heroin di atas gunung. si heroin juga mempunyai kuasa ajaib dimana beliau mampu berguling2 kemudian bertukar sari tanpa perlu ke bilik persalinan lantas muncul ditaman bunga pula. sungguh hebat sekali! kuasa itu jelas mengatasi kuasa polis angkasa gaban dimana beliau mampu memakai baju angkasa dlm tempoh 0.05saat tp hanya mucul di tempat yg sama. saya pernah terpengaruh dengan aksi heroin hindi lantas mencuba berguling di tepi sawah namun hampa kerana pakaian saya tidak bertukar pun?? dan ini hanya menyusahkn ibu saya menyental tanah2 yg terlekat dibaju saya. jadi saya memutuskan bahawa cerita hindi adalah tahyul dan saya berhenti menonton cerita hindi sehingga sekarang. sekarang saya banyak menonton horror movee holiwud dan dari pemgamatan saya horror movee meraka tidak akan terlepas dp aksi pelakon yg mempunyai payudara plastik bersaiz melampau beraksi mandi bugil ataupn melakukan hubungan kelamin luar nikah. sungguh keji perbuatan mereka itu (konon).. terbaru saya baru memuat turun movee The Unborn, cerita itu juga menampilkn aksi yg sama cuma bezanya pelakon wanitanya mempunyai payudara plastik yg agak sederhana. cerita ini saya ratingkn sebagai sederhana best kerana saya hanya tertido selepas 30minit menonton. --------------------------------------------------------------------------------sekian bebelan saya kali ini, saya mau menghabiskn cuti hujung minggu dengan menonton anime serta movee yg baru saya copy dp encik udie. pesanan kepada incek matburn, sila upkn movee seram tahap kencing malam untuk saya di www.teruja.com  ya? saya agak ketandusan koleksi bedtime story heehehe

posted under |

2 comments:

Cik-MeGa said...

name muvee hina tu mistik.
pelakon jerit.
penonton tak jerit.
nice entry.
suka sesangat.

Unknown said...

owh misti.. baru ingt hahaha
thnx mega 4 visit my blog!!

Newer Post Older Post Home

amaran separa keras

terlalu tidak sesuai dibaca oleh golongan lurus bendul dan bahlul² yang tidak memahami makna sarkastik/sinikal.

juga tidak sesuai dibaca oleh golongan 'ahli syurga' tidak terdapat sebarang info yang dapat menambah pahala bekal anda ke syurga.

semua entry adalah berdasar kisah benar manusia sekeliling penulis di olah agar 'tidak terlalu' menyakitkan hati mereka yang terlibat.

penulis sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terbuku didada tanpa mengejar sebarang rating dan follower. jika anda bersetuju dengan sebarang artikel sila tingalkan komen anda dan jika anda berpendapat tulisan saya adalah sampah maka anda boleh pergi jahanam sambil membaca akhbar online

sekian dan kesian

    Blog Archive