Hari berkasih sayang
Selamat hari belentime. Esok adalah hari paling bermakna bagi budak2 1st time ada bf/gf. Dan hari paling tak best bagi forever alone. Jadi macam mana persiapan korang? Dah ada tempat berzina? Atau sedang berzina sekarang? Dah beli hadiah untuk pasangan korang atau cuma hadiahkan kote/puki masing2? Maklum la benda free. Keluar modal beli kondom je la. Tapi pakai kondom serius tak best. Licin. Tak rasa nikmat kote bergesel dinding faraj.
Ok lupakan pasal belentime. Tu semua agenda yahudi freemason apco untuk menyesatkan akidah anak muda sekalian. Kita patut berkasih sayang sepanjang masa bukan setakat 14 feb ok?
Jangan setakat 14 feb saja suami/ isteri korang romantik, berhias, lembut tutur bicara bermanis muka. Hari berikutnya kembali ke perangai asal, pemalas, pentingkan diri sendiri, kedekut, serabai jadah jadah dan jadah.
Masa aku pergi kursus kahwin dulu ustaz tu kata 5 tahun pertama berkahwin adalah kritikal. Pasal dalam masa tu adalah masa kita mengenali perangai sebenar dan hati budi pasangan kita. Abaikan statement ni kalau korang sedang bersekedudukan. Kalau kita mampu survive 5 tahun pertama ni insyaallah kita mampu survive sampai bila2. Tu kata ustaz tu la. Aku tak percaya sangat kata2 orang yang aku baru kenal sehari. Tah2 dia sembang je lebih tapi kat rumah hari2 gaduh dengan bini walaupun dah kahwin lama.
Jadi aku abaikan nasihat ustaz tu dan aku jadikan mak ayah aku sebagai contoh. Mak ayah aku kahwin dah berapa puluh tahun, abang sulung aku pun dah hampir 45 tahun. Maknanya mak ayah aku dah kahwin at least 46 tahun, kecuali kalau abang long aku tu anak pungut yg ayah aku kutip tepi jalan. Kutip yang dh besar boleh jalan makan sendiri. Tu lain kira.
Ok lupakan pasal abang long aku. Yang aku nak cerita pasal mak ayah aku berkasih sayang. Mereka orang kampung, tak tau pun belentime tu apa binatang. Tapi mereka hari2 berkasih sayang. Seumur hidup aku tak pernah tengok atau dengar mak ayah aku bergaduh atau selisih faham. Aku dok perati dari dulu lagi kenapa mereka rukun damai. Kesimpulan dia senang saja. Pepatah orang tua kata kalau nak tambat hati suami jagalah perutnya, aku bangkang 200%!!
Kalau nak tambat hati suami jagalah telinganya.
Ayah aku darah siam, membesar di thailand, panas baran, tomoi tu senaman dia, masa muda beliau pistol dan senapang ibarat handphone kita zaman sekarang. Tak pernah lekang. Tapi mak aku mampu tundukkan dia tanpa nasi kangkang. Bagaimana? Dengan tutur kata dan lembut laku. Mak aku soft spoken, kalau marah pun dia dengan kami anak2 dia tak pernah jerit tinggi suara.
Aku pelik jugak tengok orang lain asyik bergaduh laki bini sampai laki bertapa kat kedai kopi semata2 nak mengelak dari leteran bini. Tapi ayah aku tak pernah lepak kedai kopi. Kecuali untuk tengok wrestling. Tengok wrestling lebih afdal kat kedai kopi dengan rakan sebaya.
Trick mak aku senang je tapi payah kaum pompuan nak amalkan;
1. Jangan membebel masa laki baru bangun tido.
2. Jangan membebel atau cerita benda tak best masa laki penat baru balik kerja. Masa ayah balik kerja mak aku siapkan air dan makan, cerita benda2 best.
3. Jangan merungut masa buat kerja. Lumrah kaum perempuan sambil buat kerja sambil merungut. Tapi tahukah korang tidak merungut masa buat kerja mampu menyelamatkan diri korang dari kena terajang atau kena cerai? Bayangkan laki korang ada masalah kat tempat kerja, balik rumah stress, lapar, penat pastu korang sibuk dok membebel. Bukan nak hidangkan air je kuih ke. Dapat bayangkan?
4. Pilih waktu yang sesuai untuk cerita benda2 tak best. Waktu sesuai selalunya selepas insya, time perut tengah kenyang sambil tengok tv cerita gerak khas. Jangan cerita benda tak best masa tengah tengok wrestling. Tu mengundang bencana.
5. Tolak ansur. Kelemahan ayah aku ialah dia terlalu tak berkira dengan orang sampai orang ambil kesempatan. Tapi mak aku ikutkan je peel dia, sebab ayah aku happy bila dia dapat tolong orang. Aku perati je, tiap kali dia tolong orang kampung dia senyum lebar. Nampak kepuasan kat wajah dia.
6. Kerjasama. Ayah aku pandai masak, rajin kemas rumah, aku pun ikut bakat dia kot. Mak dengan ayah aku pandai bagi tugas masing2. Sorang buat tu sorang buat ni. Tak macam orang lain, bini buat semua keje rumah laki goyang telur tengok tv. Jadi bila sama2 buat kerja takda timbul rasa tak puas hati.
***************************************
Jadi berdasarkan pemerhatian aku, mak ayah aku contoh terbaik untuk aku ikut. Semoga aku jadi macam diaorang gak. Kekal bahagia sampai ke tua.
P/s; aku pernah nak sepak bapak mertua aku sbb membebel pepagi buta belum subuh. Tengah mamai dgr org membebel. Jadi orang tua tu bkn contoh yg baik utk aku keh keh keh